Thursday 18 October 2012

Pengurusan. Apa tuuu??

Assalamualaikum u'lls
Apa khabar semua?  Lama tak bersua muka dengan kalian semua.
Rinduuu rasa hati ini. 
Rindu nak bertelagah pendapat. Rindu nak gelak sama-sama. Rindu nak sakat korang. Dan rindu segalanyalah !  Tapi i'lls tahu u'lls takda pun rindu rindu tutor korang ni.
Kann kann? 
Sobbs *kesat airmata*
Stop talking nonsense ! Jom straight to the point.
Err, macam mana dengan Fundamental of Management? Ada baik? Markah test, quizzes semua? Apa cerita? Hopefully 'sihat' carry mark u'lls semuaa !
So, selama hampir 12 minggu belajar Management ni, apa je yang u'lls faham berkaitan Management? 
Untuk entry terakhir ni, i'lls akan cerita serba sedikit pasal Management sebelum blog ini
melabuhkan tirainya. Hikhik



Beberapa tahun yang lepas. 
Dimana lebih tepat lagi ditahun 2010, 
subject Fundamental of Management adalah subject kegemaran i'lls. 
Cerita bermula apabila i'lls terjumpa satu definisi Management yang di buat oleh 
Mary Parker Follett (1868-1933) 
menyatakan maksud "Management" sebagai the art of getting things done through people...
i'lls pada mulanya agak tertanya-tanya. 
Apa kaitannya pengurusan dengan seni? 
Ini adalah kerana pada awalnya i'lls berfikir seni itu hanyalah menyanyi, melukis, 
bermain alat muzik dan sewaktu dengannya. 
Tapi akhirnya memang betul apa yang dikatakan pengurusan itu sebagai salah satu seni 
untuk mencapai sesuatu matlamat melalui orang lain. 
Apabila kita bekerja secara 1 team atau 1 organisasi syarikat maka 
di sinilah terletaknya satu kreativiti seni untuk menguruskan pelbagai sumber dalam dan luar 
bagi mencapai apa jua objektif yang ditetapkan. 
Misalnya bagaimana kita mengurus bisnes sehingga ia berjaya secara sistematik 
melalui perancangan (planning), pengorganisasian (organizing), pengarahan (leading) dan pengawalan (controlling).

Sebagai contoh, i'lls nak tanya u'lls. Macam mana pengurusan yang berlaku di port? Pengurusan yang berlaku di airport? Pengurusan di bahagian services pula bagaimana dijalankan?
Fikirkan sendiri apa jawapannya.

Conclusionnya, management skills itu teramat penting, tanpanya mustahil sesuatu project itu akan berjaya. Kita manusia, punya bermacam kerenah, ada banyak perbezaan dan juga persamaan, 
adalah amat perlu kita belajar dengan cekap cara mengurus manusia supaya lebih pantas mencapai matlamat dan impian. Sama ada manusia jenis staf maupun jenis customer. 
Kedua-duanya penting dan melibatkan kekuatan dalaman dan luaran sesebuah business !


Bermanfaat? Likelahh :)

Randomly Tutorial

Question 1

Define planning, organizing, leading and controlling.

Question 2

Explain differences between entrepreneurship and intrapreneurship

Question 3

Define ethical dilemma

Question 4

Explain carefully about the project life cycle. Appropriately with diagram

Question 5

Explain carefully about the strategic management process. Appropriately with diagram.

Question 6

List the Porter's Five Competitive Forces

Question 7

State the advantages and disadvantages of group decision making

Question 8

Explain about  the Organization chart. And provide one example organization chart with their diagram

Question 9

Differentiate the reactive change and proactive change.

Question 10

Explain about the Maslow's hierarchy of needs



Bermanfaat? Likelahh :)

Wednesday 10 October 2012

L.O.G.I.S.T.I.C.S


  
Assalamualaikum guys ! 
Untuk kali ni entry special edition sikit taw. Rugi kalau tak baca, hikhik. Cuba tengok tajuk diaa
L to the O to the G to the I to the S to the T to the I to the C to the S 
So, bagi u'lls yang ambil yang course Logistics ni,
u'lls tahu ke idak apa Logistics senanya ni?
Okay mari sini i'lls nak cerita sikit pengalaman i'lls masa kengkawan i'lls tanya 
i'lls apa course apa untuk sambung diploma dedulu.

kawan : babe, kau amek apa seh further diploma nanti?
i'lls : ohh, logistics je
kawan : whatt? logi? cuci tangki najis ke? haha
i'lls : maksud kauuu?!!

Sadis tak cerita i'lls? Hmm sangat sedih ya disitu. Pada awalnya i'lls pun taktahu apa tu Logistics tapi bila tanya orang sini, tanya orang sana. Sikit sikit i'lls tahu lah apa itu Logistics. Hehe

So, sesiapa yang taktahu apa itu Logistics, i'lls terangkan
 kat sini serba sikit pasal this course okay !




Sila tengok gambar diatas ye anak anak sekalian !
Inilah yang dinamakan logistik. Pelajar Logistik bukan sahaja belajar mengenai penghantaran barang tapi bermula dari permulaaan proses. 


Siapa yang betul-betul dalam bidang ni akan faham apa itu logistik, percaya tak kalau i'lls cakap bahawa sesuatu organisasi itu akan musnah tanpa Logistik? Perkara itu memang benar sebab sesebuah organisasi sangat memerlukan unit Logistik untuk menggerakkan proses perjalanan barang. Kalau tak ada unit Logistik unit mana lagi nak buat kerja tu? Fikirkan.

Selain itu, unit Logistik juga amat rapat dengan unit Kewangan di sesuatu organisasi. Kenapa i'lls cakap macam tu? Sebab bila unit Logistik ingin membeli bekalan barang untuk organisasi kita perlu merujuk kepada unit Kewangan terlebih dahulu bagi mendapatkan kewangan untuk memesan bekalan baru.


Setakat ini sahaja yang i'lls mampu cerita, nanti kalau ada masa, i'lls cerita lagi pasal Logistics okay !
Daaaa ;)



Bermanfaat? Likelahh :)

Week 10



Class yang diadakan pada 26 dan 27 September 2012.
Dua session dilakukan. 
Enjoy that moments :)







Bermanfaat? Likelahh :)