Thursday 18 October 2012

Pengurusan. Apa tuuu??

Assalamualaikum u'lls
Apa khabar semua?  Lama tak bersua muka dengan kalian semua.
Rinduuu rasa hati ini. 
Rindu nak bertelagah pendapat. Rindu nak gelak sama-sama. Rindu nak sakat korang. Dan rindu segalanyalah !  Tapi i'lls tahu u'lls takda pun rindu rindu tutor korang ni.
Kann kann? 
Sobbs *kesat airmata*
Stop talking nonsense ! Jom straight to the point.
Err, macam mana dengan Fundamental of Management? Ada baik? Markah test, quizzes semua? Apa cerita? Hopefully 'sihat' carry mark u'lls semuaa !
So, selama hampir 12 minggu belajar Management ni, apa je yang u'lls faham berkaitan Management? 
Untuk entry terakhir ni, i'lls akan cerita serba sedikit pasal Management sebelum blog ini
melabuhkan tirainya. Hikhik



Beberapa tahun yang lepas. 
Dimana lebih tepat lagi ditahun 2010, 
subject Fundamental of Management adalah subject kegemaran i'lls. 
Cerita bermula apabila i'lls terjumpa satu definisi Management yang di buat oleh 
Mary Parker Follett (1868-1933) 
menyatakan maksud "Management" sebagai the art of getting things done through people...
i'lls pada mulanya agak tertanya-tanya. 
Apa kaitannya pengurusan dengan seni? 
Ini adalah kerana pada awalnya i'lls berfikir seni itu hanyalah menyanyi, melukis, 
bermain alat muzik dan sewaktu dengannya. 
Tapi akhirnya memang betul apa yang dikatakan pengurusan itu sebagai salah satu seni 
untuk mencapai sesuatu matlamat melalui orang lain. 
Apabila kita bekerja secara 1 team atau 1 organisasi syarikat maka 
di sinilah terletaknya satu kreativiti seni untuk menguruskan pelbagai sumber dalam dan luar 
bagi mencapai apa jua objektif yang ditetapkan. 
Misalnya bagaimana kita mengurus bisnes sehingga ia berjaya secara sistematik 
melalui perancangan (planning), pengorganisasian (organizing), pengarahan (leading) dan pengawalan (controlling).

Sebagai contoh, i'lls nak tanya u'lls. Macam mana pengurusan yang berlaku di port? Pengurusan yang berlaku di airport? Pengurusan di bahagian services pula bagaimana dijalankan?
Fikirkan sendiri apa jawapannya.

Conclusionnya, management skills itu teramat penting, tanpanya mustahil sesuatu project itu akan berjaya. Kita manusia, punya bermacam kerenah, ada banyak perbezaan dan juga persamaan, 
adalah amat perlu kita belajar dengan cekap cara mengurus manusia supaya lebih pantas mencapai matlamat dan impian. Sama ada manusia jenis staf maupun jenis customer. 
Kedua-duanya penting dan melibatkan kekuatan dalaman dan luaran sesebuah business !


Bermanfaat? Likelahh :)

1 comment: